HALAMAN SANTAI

Rabu, 11 Oktober 2017

Bas dirempuh lori, 16 penumpang terselamat



Bas dirempuh lori, 16 penumpang terselamat
Kejadian berlaku di laluan Simpang Pulai- Ipoh berhampiran Hotel Hill City, pagi tadi. - Foto JBPM Perak
 
 
IPOH - Seramai 16 penumpang sebuah bas henti-henti terselamat selepas kenderaan itu dirempuh lori di laluan Simpang Pulai- Ipoh berhampiran Hotel Hill City, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 8.40 pagi itu tidak mendatankan sebarabg jecderaan kepada penumpang dan pemandu bas.

Bagaimanapun, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, rempuhan menyebabkan kelindan lori yang membawa muatan tanah, tersepit.

"Kesemua penumpang bas selamat, hanya kelindan lori cedera akibat tersepit, mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan kas," katanya.

Operasi menyelamat dilakukan Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai itu tamat pada jam 9.47 pagi.

Tiada ulasan: