HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 Oktober 2017

Wong Chen desak Mustapa buktikan kritikan terhadap belanjawan Harapan

wong chen 
KEADILAN DAILY


Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen hari ini mendesak Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed membuktikan kritikannya terhadap belanjawan alternatif Pakatan Harapan yang dibentangkan semalam.

Desakan itu dibuat Wong susulan tuduhan Mustapa yang mendakwa belanjawan Harapan tidak bertanggungjawab dalam aspek fiskal dan berdasarkan jangkaan semata-mata.

“Merujuk kepada tuduhannya yang angka-angka perbelanjaan kami meragukan, beliau sendiri gagal mengemukakan hujah balas atau data yang wajar. Ini kerja malas.

“Menteri kanan dengan barisan penasihat dan kakitangan yang boleh dikerah pada bila-bila masa sepatutnya memberikan angka-angka dalam jawapannya.

“Tidakkah hipokrit apabila menteri kanan menuduh angka fiskal kami tidak bertanggungjawab, sedangkan beliau sendiri (gagal memberikan hujah sewajarnya) dalam balasannya?” kata Wong dalam kenyataannya.

Wong juga hairan apabila Mustapa mengelak daripada mengulas hasrat Harapan untuk menutup kekurangan hasil kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kelak dengan penjimatan sebanyak RM20 bilion daripada ketirisan akibat rasuah.

“Mungkinkah beliau percaya yang kerajaan sekarang tidak membazir dan rasuah? Atau beliau sebenarnya sudah putus harapan dalam mengimpikan Malaysia yang bebas rasuah?” katanya lagi.

Belanjawan Harapan bertemakan “Belanja Berhemah, Potong Cukai, Pilih Harapan” yang dibentangkan semalam antara lain menggagaskan pemansuhan GST dan pengembalian cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Belanjawan itu mensasarkan perbelanjaan sebanyak RM258.52 bilion dengan jangkaan pungutan hasil RM229.44 bilion dan defisit dua peratus

Tiada ulasan: