HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 Oktober 2017

Nik Nazmi saran Rosmah pujuk Najib belikan telefon pintar

KEADILAN DAILY

rosmah (1) 

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mencadangkan kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor agar memujuk Datuk Seri Najib Razak untuk membelikannya telefon pintar.

Ahli Dewan Undangan Seri Setia itu membuat cadangan tersebut sebagai maklum balas kepada pengakuan Rosmah yang mendakwa menjadi mangsa buli siber walaupun tiada telefon pintar atau akaun media sosial.

“Saya simpati dengan isteri PM. Tapi dah ramai yang kena tangkap di Facebook sebab hina PM dan isteri.

“Sebab Datuk Seri telefon pintar pun tak ada, mungkin hari jadi akan datang minta PM belikan satu.
“Mungkin boleh reply (balas) sendiri komen-komen di Facebook dan Twitter,” kata Nik Nazmi menerusi laman Facebook beliau.

Rosmah sehingga kini merupakan antara personaliti yang paling kerap diperolok-olokkan orang ramai di laman media sosial.

Beliau kerap dikaitkan dengan hobi membeli-belah dan berambut besar serta membayangi dan membelakangkan suaminya dalam majlis-majlis keramaian.

Mutakhir ini pihak berkuasa bagaimanapun dilihat mula bertindak untuk mengekang perkara tersebut dengan membuat beberapa tangkapan.

Terkini, seorang bekas pensyarah ditahan semalam di kediamannya di Jalan DangWangi atas dakwaan mengubahsuai gambar Najib dan Rosmah di laman sosial.

Beliau ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tiada ulasan: