BUKIT MERTAJAM: Dua pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan maut
mengorbankan lapan mangsa dalam kejadian berhampiran Juru di sini awal
pagi tadi ditahan polis bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik
Ros Azhan Hamid berkata, pemandu terbabit merupakan lelaki warga
tempatan.
“Mereka ditahan bagi membantu siasatan selain ujian air kencing akan
turut dilakukan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan