HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Oktober 2017

Kementerian yang peruntukan bertambah dan dipotong

MALAYSIAKINI



BAJET 2018 | Bajet 2018 ialah RM280.25 bilion , yang merupakan bajet terbesar dalam sejarah Malaysia. Malaysiakini menyenaraikan lima kementerian yang mendapat peruntukan tambahan paling tinggi untuk tahun depan, serta lima kementerian yang peruntukannya telah dipotong.

Yang mendapat peruntukan paling tinggi ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, di mana peruntukannya 126 peratus - dari RM634.4 juta pada 2017 kepada RM1.4 bilion bagi tahun 2018.

Terdapat pemotongan dan penambahan kepada beberapa item belanjawan kementerian itu. Walau bagaimanapun, rangsangan terbesar adalah peruntukan RM720 juta untuk Skim Penstabilan Minyak Masak (COSS).

COSS diletakkan di bawah kementerian itu pada September 2016, tetapi tiada peruntukan belanjawan dibuat berdasarkan anggaran belanja persekutuan 2017 dan 2018.

Kerajaan telah menghapuskan subsidi minyak masak pada tahun lepas, kecuali paket minyak masak 1kg.

Begitu juga yang baru bagi kementerian itu tahun ini merupakan peruntukan RM45 juta untuk subsidi tepung.

Di tempat kedua Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, yang menyaksikan peruntukannya meningkat 110 peratus - dari RM446.9 juta pada 2017 kepada RM938.4 juta tahun depan.

Antara peruntukan terbesar bagi kementerian itu ialah RM261 juta untuk bantuan musim monsun untuk pemilik estet kecil dan penoreh getah.

Seterusnya di tempat ketiga ialah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, yang peruntukannya bertambah dari RM1.6 bilion pada 2017 kepada RM2.2 bilion pada 2018.

Antara tambahan peruntukan bagi kementerian itu adalah untuk sayap propaganda di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) serta untuk komunikasi strategik.

Di tempat keempat ialah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, yang menerima penambahan sebanyak RM934 juta kepada RM5.2 bilion pada 2018.

Kementerian menerima rangsangan, antara lain, untuk pelbagai subsidi padi.

Kementerian kelima yang menerima tambahan peratusan besar bagi peruntukannya ialah Kementerian Luar Negeri, yang bajetnya meningkat 19.3 peratus atau RM119.3 juta kepada RM740.7 juta untuk tahun depan.

Sementara itu, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menyaksikan peruntukannya merosot 16.1 peratus - dari RM5.3 bilion kepada RM4.4 bilion.

Kemerosotan itu disebabkan terutamanya oleh pemotongan peruntukan bagi pengurusan sisa pepejal kebangsaan - dari RM1.9 bilion pada 2017 kepada RM1.2 bilion tahun depan.

Ini ekoran peningkatan mendadak peruntukan RM1.1 bilion untuk pengurusan sisa pepejal dalam bajet 2017, daripada hanya RM872 juta pada 2016.

Empat lagi kementerian turut menyaksikan kemerosotan kecil dalam peruntukan masing-masing.
Peruntukan bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi merosot 2.3 peratus atau RM26 juta kepada RM1.1 bilion pada 2018.

Sementara itu, peruntukan Kementerian Kerja Raya kurang 1.6 peratus atau RM90 juta kepada RM5.8 bilion.

Bagi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Kementerian Pengangkutan, peruntukannya masing-masing kurang 0.15 peratus dan 0.06 peratus, kepada RM999 juta dan RM4.5 bilion.

Inilah kali keempat peruntukan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dipotong sejak 2014.

Tiada ulasan: