HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 Oktober 2017

Anwar tak mampu gerak tangan akibat kemalangan 22 September

KEADILAN DAILY

Anwar 

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tidak mampu menggerak bahunya dan mengalami sakit teruk jika menulis selepas kemalangan jalan raya ketika menaiki van Jabatan Penjara pada 22 September lalu.

Menurut laman Facebook Bebas Anwar, kehidupan seharian ketua umum Pakatan Harapan itu terjejas berikutan kecederaan bahunya yang semakin teruk selepas kemalangan itu.

Menurut catatan bertarikh 20 Oktober itu, keluarga Anwar pada minggu lalu menerima suatu panggilan kecemasan dari Anwar.

“Pakar ortopedik sebelum ini pernah menyarankan pembedahan segera akibat kekoyakan bahagian bahu (rotator cuff), namun beliau bwas-was mengenai pembedahan yang sebegitu invasif.

“Kemusykilan Anwar disebabkan oleh ketidaklengkapan kemudahan rawatan susulan di penjara, khususnya dalam tempoh pemuliharaan yang begitu genting sekali, ditambah lagi dengan suasana politik Malaysia yang begitu tegang.

“Namun, melihat pada keadaan kecederaannya kini, beliau telah memohon untuk memulakan pembedahan secepat mungkin,” kenyataan itu dipetik.

Menurut catatan itu, ahli keluarga Anwar sedang berunding dengan pihak berkuasa penjara dan Putrajaya agar beliau diberi pembedahan serta rawatan susulan yang terbaik.

“Anwar adalah mangsa sebuah sistem politik yang tidak adil dan beliau telah dinafikan hak asasinya.
“Ahli keluarganya sedih melihatnya dikurung seorang, tanpa kasih sayang mahupun dorongan ahli keluarga tersayang,” katanya.

Anwar, 70, dilaporkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 19 Septermber lalu akibat masalah tekanan darah kurang stabil.

Bagaimanapun selepas menjalani rawatan selama empat hari, konvoi kereta dan van yang membawa pegawai penjara serta Anwar terlibat dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke Penjara Sungai Buloh.

Tiada ulasan: