KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada Isnin
menafikan mesej yang tular bahawa cuaca panas dijangka melebihi 40
darjah Celsius bagi tempoh lima hari akan datang.
Ketua Pengarah MET Malaysia, Alui Bahari berkata suhu tertinggi yang
dicatatkan minggu lalu ialah 36 darjah Celsius dan tidak mencapai tahap
suhu gelombang haba iaitu melebihi 37 darjah Celsius.
“Matahari juga kini tidak berada di kedudukan garisan Khatulistiwa dan
berdasarkan pemantauan terkini, keadaan cuaca ribut petir pada sebelah
petang telah berlaku di beberapa tempat di Semenanjung berikutan Taufan
Lan semakin lemah.
“Keadaan ribut petir ini adalah normal semasa fasa peralihan monsun
yang sedang dialami negara ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan di
sini Isnin.
Alui menasihati orang awam supaya mendapatkan maklumat sahih mengenai
kedaan cuaca dari laman sesawang MET Malaysia di www.met.gov.my atau
menghubungi talian 1-300-221638.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan