HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Oktober 2017

Mahfuz Omar ajak ahli PAS jadi sepertinya

ANTARAPOS 

 
Post Pic


SHAH ALAM: Datuk Mahfuz Omar menyeru ahli PAS mengikut jejaknya yang masih bersama parti namun bakal menyokong Pakatan harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ujarnya, tiada guna menyokong PAS berikutan tidak akan meningkatkan kuasa politik parti itu, sebaliknya hanya mengekalkan Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai pemerintah.

"Sudah tentu ahli PAS boleh berfikir bahawa mengundi PAS yang menyasarkan kemenangan 40 kerusi tidak mengubah, sebaliknya mengekalkan kuasa BN.

"Saya percaya ahli PAS juga sama seperti rakyat lain yang mengharapkan peralihan kuasa. Maka saya menyeru ahli PAS untuk menyokong dan mengundi PH, secara terbuka atau senyap," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ketika hadir ke Konvensyen Nasional Amanah minggu lalu, Mahfuz berkata mana-mana ahli PAS, termasuk dirinya, tidak perlu keluar parti hanya kerana menyokong PH.

Mahfuz sebelum ini disahkan Naib Presiden PAS, Datuk Ammar Nik Abdullah bahawa namanya tidak akan dicalonkan sebagai wakil parti pada PRU akan datang.

Mahfuz kemudiannya berkata beliau 'sujud syukur' jika benar beliau tidak lagi dinamakan sebagai calon PAS pada PRU akan datang.

Tiada ulasan: