HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Oktober 2017

Kerajaan mansuh bayaran tol di beberapa plaza di S'gor, Kedah dan Johor

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar & Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memansuhkan kutipan tol di dua plaza tol di Selangor, bermula 1 Januari 2018.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemansuhan bayaran tol di Plaza Batu Tiga di Shah Alam dan Sungai Rasau, Klang.
 
Perkara itu diumumkan Najib di pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, petang tadi.
 
Buat masa ini, bayaran tol di Batu Tiga, Shah Alam berjumlah RM1.10 manakala RM1 bagi tol Sungai Rasah.
 
Selain Selangor, kerajaan juga memansuhkan kutipan tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Eatern Dispersal Link, Johor.
 
 

Tiada ulasan: