HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 Oktober 2017

Munajat anjuran NGO ‘topeng’ Pas, Isma?



Munajat anjuran NGO ‘topeng’ Pas, Isma?

Aminuddin Yahya

Pas dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dilihat ‘bertopengkan’ badan bukan kerajaan (NGO) dalam menganjurkan program munajat esok di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di ibu negara.

Dijadualkan bermula pukul 6 petang, program tersebut dinamakan sebagai Solidariti Munajat bersama NGO-NGO yang aktif dalam kerja jihad amar maaruf nahi mungkar.

Program itu anjuran Gerakan Banteras Aktiviti Haram (GBAH), Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Kongres Rakyat.

Tentatif munajat berkenaan memaklumkan taklimat berkenaan tanggungjawab mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran oleh pimpinan NGO dan agensi kerajaan berlangsung selama 1 jam 40 minit bermula pukul 9 malam.

Terdahulu, program diisi dengan sembahyang Maghrib berjemaah, solat hajat, bacaan Surah Yassin dan doa selamat diikuti sembahyang fardhu Isyak berjamaah.

GBAH dipengerusikan Marsridzi Sat manakala Aminuddin Yahaya yang juga Timbalan Presiden Isma merupakan Pengerusi UMMAH.

Sementara itu, Kongres Rakyat adalah gabungan longgar anjuran Pas yang pernah dilapor terdiri daripada lebih 200 NGO.

Tiada ulasan: