GEORGE TOWN: Tidak adil minta Lim Guan Eng letak jawatan sebagai Ketua
Menteri Pulau Pinang hanya kerana insiden tanah runtuh di Tanjung
Bungah, kata Exco Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Beliau berkata kejadian yang berlaku pagi Sabtu itu berkaitan
pengurusan tapak projek yang lemah dan bukannya pembangunan lereng bukit
yang tidak sah atau isu-isu lain yang dibangkitkan oleh beberapa
persatuan di Pulau Pinang.
Kumpulan-kumpulan itu menyeru Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)
dibentuk bagi menyiasat insiden itu dan mengancam untuk menarik sokongan
kepada kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
"Mereka minta ketua menteri untuk letakkan jawatan kerana insiden di tapak projek. Adakah ini adil? "
"Kemalangan di tapak projek berlaku setiap hari di negara ini, adakah
ini bermakna ramai menteri akan kehilangan kerja?" Kata Pengerusi DAP
Pulau Pinang itu pada sidang media hari ini.
Menurut Chow, kerajaan negeri menyatakan bahawa kurangnya pengawasan oleh pihak pemaju menyebabkan insiden itu berlaku.
"Jurutera perunding mempunyai banyak penjelasan mengenai mengapa cerun itu ditarah dengan cara itu," kata Chow.
Kerajaan negeri hari ini mengarahakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang
(MBPP) membuat laporan polis supaya tindakan yang sewajarnya dapat
diambil terhadap pemaju projek dan kontraktor sekiranya didapati cuai.
Ketua Menteri juga membentuk Suruhanjaya Siasatan Negeri untuk meneliti kejadian itu.
Kementerian Sumber Manusia dan Alam Sekitar hari ini menyatakan
"kekecewaan" dengan kerajaan negeri kerana membenarkan projek perumahan
tersebut diteruskan tanpa mendapat kelulusan kerajaan persekutuan.
Bagaimanapun, Datuk Bandar MBPP Maimunah Sharif menegaskan bahawa pembangunan itu mematuhi garis panduan keselamatan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan