Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar & Shuhaniza Said
KUALA LUMPUR: Pembangkang terus dikritik kerana menjadikan isu Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai modal politik kepada penyokong
mereka membenci kerajaan Barisan Nasional (BN).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018
hari ini berkata pelaksanaan cukai tersebut nyata memberi manfaat
kepada pembangunan dan ekonomi negara apabila pada tahun ini sahaja
Malaysia mencatat kutipan sehingga RM41 bilion.
"Kita tidak dapat bayangkan macam mana negara boleh menampung perbelanjaan yang diperlukan untuk rakyat.
"Jelasnya, pihak pembangkang sampai hari ini tidak sepakat tentang
keputusan menerima sistem GST, ada yang kata GST diterima tapi based on
zero-rate, dan yang terbaru dah nak kembali ke SST pula.
"Tapi hakikatnya, apa yang telah Kerajaan lakukan itu, terakam dalam
sejarah sebagai langkah berani yang terbukti kebenarannya," katanya
sambut menerima tepukan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di
Dewan Rakyat.
Bagi tujuan itu kerajaan membuat dasar tidak mengenakan GST kepada
kesemua pembekal perkhidmatan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
berkuatkuasa 1 April 2018 atau 1 Oktober 2018, mengikut pilihan PBT.
Malah kerajaan juga mengenakan kadar sifar ke atas kesemua bahan bacaan, mulai 1 Januari depan.
Pelepas GST diberikan kepada operator kapal persiaran ke atas
perkhidmatan pengendalian yang dibekalkan oleh operator pelabuhan di
Malaysia, berkuatkuasa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2020, begitu
juga dengan perkhidmatan pembinaan bangunan sekolah dan rumah ibadat
yang dibiayai menerusi sumbangan derma yang diluluskan.
Ia bagaimanapun berkuatkuasa untuk kontrak perkhidmatan yang ditandatangani mulai 1 Julai 2017.
Najib juga mengumumkan pelepasan GST ke atas pengimportan peralatan
berkaitan industri minyak dan gas di bawah satu perjanjian pajakan,
dibekalkan oleh syarikat yang berada di kawasan ditetapkan iaitu Labuan,
Langkawi dan Tioman kepada pelanggan di Malaysia, mulai 1 Januari 2018.
Pelepasan GST diberi ke atas pengimportan 'big ticket items', seperti
kapal terbang dan kapal laut, oleh syarikat penerbangan dan perkapalan
yang berdaftar di Malaysia.
Perkara yang sama juga diberikan kepada syarikat di dalam industri
minyak dan gas yang mengimport pelantar minyak atau struktur terapung
dimana ia bermula 1 Januari 2018.
Mulai 1 Januari depan juga, kerajaan juga tidak akan mengenakan
pelaksanaan GST terhadap perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan
bangunan kediaman berstrata yang dibekalkan oleh Badan Pengurusan
Bersama dan perbadanan pengurusan, diperluas untuk meliputi perkhidmatan
pengurusan dan penyelenggaraan yang dibekalkan oleh pemaju perumahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan