HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 Oktober 2017

‘Saya akan mohon maaf bila sekolah Cina dapat RM65 juta’

MALAYSIAKINI



Ahli Parlimen DAP Ng Wei Aik berjanji akan memohon maaf kepada Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon jika peruntukan dana RM65 juta untuk sekolah-sekolah Cina diagihkan sepenuhnya pada bulan depan.

Chong sebelum ini mendakwa kementeriannya akan mengagihkan wang berkenaan ke sekolah-sekolah Cina dalam masa terdekat. Bagi Ng, ini menjadi satu isu kerana dana itu diperuntukkan hampir setahun lalu pada Bajet 2017.


“RM50 juta untuk SJKC dan RM15 juta untuk SMJK, saya rasa ini berita yang baik. Di mana saya dicabar oleh Chong Sin Woon jikalau wang dapat disalurkan maka saya perlu minta maaf.
 “Saya sebagai MP Tanjong bersedia utk minta maaf jikalau peruntukan tersebut dapat diagihkan kepada semua sekolah-sekolah dalam tahun ini.

“Saya sedia minta maaf bagi pihak masyarakat dam seluruh rakyat. Yang pentingnya wang tersebut disalurkan kepada sekolah sebelum cuti panjang,” kata Ng pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Pemimpin DAP itu juga berkata beliau akan menulis surat kepada Chong, yang juga adalah ketua Pemuda MCA, dan memohon kebenaran untuk meminta maaf secara peribadi di Kementerian Pendidikan.

Pada sidang akhbar itu, Ng turut menyindir Chong berhubung kelewatan dana diagihkan dengan menyanyikan lagu Jacky Cheung dalam bahasa Mandarin, yang bertajuk "Saya tunggu hingga bunga itu layu."

Semalam, Chong dilaporkan sebagai berkata bahawa sekolah rendah dan menengah Cina akan menerima bantuan kewangan itu pada bulan depan.

Tiada ulasan: