HALAMAN SANTAI

Isnin, 30 Oktober 2017

AS henti bantuan ketenteraan ke Myanmar bukti kejayaan Malaysia 'pujuk' Trump

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Tindakan Amerika Syarikat (AS) membatalkan penghantaran bantuan ketenteraan kepada Myanmar merupakan kejayaan pertemuan Malaysia dengan Presiden Donald Trump, September lalu, bagi mempengaruhi kuasa besar itu bersabit isu penindasan etnik Rohingya. 
 
Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat pagi tadi, ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing berkenaan hasil lawatan kerajaan Malaysia ke AS.
 
"Berkenaan kenyataan dan bantahan kita terhadap isu itu, AS telah mengumumkan bantuan kemanusiaan sebanyak USD32 bilion.
 
"Malah yang terbaru mereka telah memutuskan hubungan bantuan ketenteraan kepada tentera Myanmar. Ini adalah kejayaan yang bertitik tolak dari usaha yang dilakukan Malaysia dan pihak lain.
 
"Suka saya jelaskan bahawa isu etnik Rohingya ini kita ketengahkan kepada mereka secara spesifik. Ia disambut baik oleh Trump. 
 
"Bermaka Malaysia mempunyai pengaruh di pentas antarabangsa hatta dengan kuasa besar sekalipun," ujar Najib.
 
Lawatan kerajaan Malaysia yang diketuai Najib pada 11 hingga 13 September lalu dikritik pembangkang dengan menuduh ia sebagai cubaan menggadai kepentingan negara kepada kuasa besar.
 
Selain isu penindasan etnik Rohingya, lawatan kerajaan ke AS itu juga turut menyaksikan kejayaan Malaysia meningkatkan pelaburan mereka di negara itu menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Bhd, dan membeli banyak pesawat Boeing untuk mengukuhkan ekonomi AS.
 
KSWP juga dijangka akan melabur antara USD3 bilion dan USD4 bilion di negara itu.
 
"Untuk makluman pelaburan KWSP di luar negara bermula sejak 2008. Sehingga Jun 2017 pelaburan luar negara oleh KWSP iaitu 29 dari jumlah keseluruhan pelaburan kumpulan tersebut menyumbang kepada 32.5 peratus pada keseluruhan pendapatan KWSP pada suku kedua.
 
"Rakyat yang mencarum KWSP sudah tentu akan menikmat keuntungan pelaburan KWSP tersebut dalam bentuk dividen yang tinggi berbanding jika KWSP hanya melabur dalam negara yang pasaran terhad.
 
"(Malah) perlu ditegaskan keputusan untuk beli pesawat boeing telah dibuat oleh pihak pengurusan Malaysia Airlines Berhad (MAB), Boeing dan Lembaga Pengarah tanpa campur tangan pol sama sekali," tegas Najib.
 
Berhubung penarikan AS dalam Perjanjian Perkongsian Tran-Pasifik (TPPA), Najib berkata kerajaan akan menggunapakai model yang sama bagi mendapatkan rundingan perjanjian perdagangan dua hala antara Malaysia dan negara berkenaan.
 
"AS telah memberikan komitmen untuk meneruskan dialog dua hala untuk berbincang isu perdagangan dan pelaburan menerusi rangka kerja.
 
Pada Januari lalu, Trump menarik AS daripada TPPA dan memilih perjanjian perdagangan dua hala berbanding perjanjian pelbagai hala seperti pakatan 12 negara.
 
Manakala pada Julai lalu, AS mengumumkan yang ia akan menubuhkan kumpulan kerja dengan Malaysia bagi menangani hal-hal dagangan.
 
 

Tiada ulasan: