KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan mengarahkan
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menyediakan laporan penuh berhubung
dakwaan Terminal Subang Skypark yang beroperasi tanpa memiliki surat
sokongan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) daripada pihak berkuasa
tempatan (PBT).
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah dan aspek keselamatan khususnya pengunjung tidak sepatutnya diabaikan.
“Satu pusat atau lapangan terbang yang penting dalam negara kita, keselamatan adalah diutamakan dan jangan mengambil remeh tentang keselamatan.
“Saya arahkan DCA memberikan laporan kepada saya, perkara ini serius kalau ini dakwaan ini benar.
“Kita kena ambil tindakan segera kerana kita tak boleh biarkan satu pusat lapangan terbang tiada surat sokongan ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sumbangan Waris Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Datuk Keramat, di Raintree Club, di sini, hari ini.

Beliau mengulas penyebaran dokumen menggunakan kepala surat Majlis
Bandaraya Shah Alam (MBSA) di media sosial baru-baru ini yang
mendedahkan Terminal Subang Skypark masih tidak mempunyai surat sokongan
CCC daripada PBT itu.
Surat yang bertarikh 11 April 2017 itu bertajuk Cadangan
Pembangunan Di Atas Sebahagian Lot 1210, Lapangan Terbang Sultan Abdul
Aziz Shah berhubung lawatan tapak pemeriksaan lampu jalan untuk tujuan
sokongan CCC.
Semasa lawatan tapak itu dilakukan pada MBSA dan wakil Skypark RAC
Sdn. Bhd. pada 30 Mac 2017 mendapati terdapat lima perkara yang masih
gagal dipenuhi oleh pengurusan lapangan terbang itu.
Antara kegagalan itu ialah penggunaan kotak tamatan (junction box)
yang tidak diluluskan oleh SIRIM, kabel ‘incoming’ dari peti pengagihan
tidak menepati spesifikasi dikehendaki dan lampu jalan serta aksesori
tidak berfungsi dengan baik.
Tiong Lai berkata, sehingga kini beliau masih tiada maklumat
berhubung dakwaan atau mana-mana aduan mengenai tahap keselamatan
lapangan terbang berkenaan.
“Saya belum menerima apa-apa laporan berhubung Subang Skypark. Saya
tiada maklumat lagi berhubung dengan aduan-aduan ini,” katanya. –
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan