HALAMAN SANTAI

Khamis, 5 Oktober 2017

Kenapa PPBM Ramai Musuh Dalam Selimut


Parti yang kononnya namanya Bersatu, ahli-ahlinya tidak dapat bersatu, saling curiga-mencurigai antara satu sama lain sehinga muncul musuh dalam selimut.

Krisis demi krisis dalaman Bersatu bukan tokoh-tokoh kecil. Ia dimulai daripada pengasas parti itu sendiri.

Misalnya, Kamarulazman Habibur Rahman, salah seorang pengasas Bersatu yang akhirnya keluar parti pada 19 April 2017.

Kamarulazman berkata Bersatu amalkan kronisme dan 'kasta'.

"Saya mula sedar dalam Bersatu seperti ada perbezaan darjat dan kasta. Seseorang ahli akan tinggi darjatnya sekiranya dia merupakan kenalan presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung.

"Saya sangat kecewa, golongan yang benar buat kerja dilayan seperti kelas kedua. Belum pun kita bergerak jauh, kita telah mengamalkan sikap pilih kasih dan kronisme yang mendalam," katanya.

Malah Kamarulazman mendakwa ada dua kem dalam Bersatu; kem Pengerusi, Dr Mahathir Mohamad dan kem Presiden, Muhyidin Yassin.

Kem Timbalan Presiden Muhriz Mahathir sering dirujuk kem Pengerusi dan sebab itu dia dipangil ‘boboi’.

Kamarulazman pula mempunyai sokongan akar umbi sendiri sesuai dengan jawatannya sebagai ketua Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM).

GKCM ini bukan kumpulan elit. Mereka kumpulan akar umbi yang tidak mampu mempunyai kolam renang di banglo mewah sendiri atau mempunyai duit banyak untuk melancong dan membeli belah dengan kadar GST yang tinggi di luar negara.

Apatah lagi mereka tidak mempunyai koleksi kereta-kereta mewah, jauh sekali membeli jet peribadi.
Kamarulazman sendiri adalah seorang cikgu yang sesuai dengan jiwa ‘kasta’ kumpulan marhaen dan akar umbi.

Seorang lagi pengasas Bersatu adalah Anina Saadudin. Awalnya dilantik Ketua Srikandi Bersatu kerana jasa-jasanya turun naik ke balai polis membuat laporan terhadap Najib Razak.

Akhirnya, Anina sendiri dijatuhkan secara terhina oleh elitis Bersatu sendiri. Kononnya Anina ada skandal seks dengan sipolan walaupun tiada sebarang bukti, kecuali tulisan di Whatsaps sahaja.

Anina dilucutkan jawatan Ketua Srikandi Bersatu dan dipinggirkan dari arus perdana politik.

Sejarah tidak pernah menipu. Anina adalah orang kiri Dr Mahathir, di samping seorang lagi orang kanan, Khairuddin Hassan yang kini telah hilang dari radar politik

Apakah kini Dr Mahathir sudah tidak sayang Anina dan Khairuddin, sebagaimana mereka berdua disayangi ketika mereka berdua turun naik balai polis mengkritik Najib Razak suatu ketika dahulu.

Juga, apakah Anina dan Khairuddin juga sudah tidak sayang kepada ayahanda Dr Mahathir sepertimana suatu ketika dahulu.

Apakah faktor Dr Mahathir gagal menyatukan ahli-ahli bersatu, malah mereka semakin berpecah belah antara satu sama lain sehingga melemahkan parti itu sendiri.

Dr Mahathir faktor pemecah atau faktor bersatu parti Bersatu.

Sering kita dengar ‘krisis dalaman’ antara Dr Mahathir dengan Muhyiddintetapi ia sekadar khabar angin sahaja.

Ia seperti api dalam sekam yang tidak nampak di permukaan, walaupun pada hakikatnya sedang membara di peringkat dalaman.

Sama juga kes Hamidah Osman, Naib Presiden Bersatu. Dia hanya diam walaupun macam-macam khabar angin yang dikaitkan dengannya.

Dikaitkan dengan ‘mulut celupar’ adiknya, Hamizura Osman. Dikaitkan juga dengan konspirasi suami Hamizura, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar.

Kononnya Hamidah yang mengarahkan adiknya Hamizura dan Azrul membuat onar dalam parti Bersatu.

Hamidah dikatakan dalang dalam permaianan itu dan bakal dipecat daripada parti.

Yang sebar khabar-khabar angin itu bukan orang sembarangan, salah seorang pengasas Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ketua Armada Bersatu.

Pada 28 Mei, Syed Saddiq menuduh Hamidah menjadi dalang di sebalik tindakan 1,000 ahli PPBM di Perak keluar parti.

Syed Saddiq tuduh Hamidah kecewa dengan Presiden Muhyiddin kerana tidak menamakannya pengerusi negeri Perak.

“Saya tahu dia (Hamidah) punca keadaan ini. Saya akan berkata secara terus terang: Saya mahu Hamidah letak jawatan.

“Dia perlu berhenti jadi pengecut dengan menghantar askarnya ke depan dan mengorbankan orang yang baik bagi tujuan peribadi.

“Jika anda masuk parti untuk jawatan, sila berambus,” kata Syed Saddiq

Kenapa parti yang membawa tema Bersatu wujud peperangan di antara Ketua Armada dengan Naib Presiden parti.

Syed Saddiq menyerang Naib Presiden, sedangkan Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden parti mendiamkan diri.

Keberanian Syed Saddiq juga agak luar biasa, di luar kemampuan usia politiknya.

Siapa di belakang Syed Saddiq dalam mencatur kucar kacir dalam parti Bersatu itu ?

Tiada ulasan: