MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Khamis, 12 Oktober 2017
PPj mahu kerajaan kekalkan tambang bas 50 sen
Nizam ZainPresiden
Perbadanan Putrajaya, Datuk Seri Hasim Ismail pada Majlis
Menandatangani Memorandum Persefahaman diantara Konsortium Bas Express
Semenanjung (M) dan PULSE GROUP di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM
PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya hari ini menggesa kerajaan
mengekalkan kadar tambang pengangkutan awam khususnya di sini yang pada
masa ini dikenakan 50 sen untuk setiap penumpang bagi satu perjalanan.
Presidennya, Datuk Seri Hasim Ismail berkata, walaupun Perbadanan
Putrajaya terpaksa menanggung sehingga RM3.00 subsidi setiap pengumpang,
namun ia menjadi perkhidmatan sosial kerajaan sejak 10 tahun lalu yang
perlu dikekalkan.
“Kita mengenakan caj ataupun tambang minimum 50 sen setiap kali
penumpang menaiki bas. Kita sudah beroperasi lebih 10 tahun, tapi kita
masih boleh menguruskan perkhidmatan ini disebabkan oleh bantuan
kerajaan
“Perkhidmatan Nadi Putra yang berada di Putrajaya ini adalah salah
satu komitmen kerajaan dan jadi perkhimdatan sosial kepada masyarakat
Putrajaya.
“Sebab itu kita kekalkan (tambang) dari dulu hingga sekarang tambang
50 sen satu penumpang satu perjalanan. Kalau boleh dan saya minta
dikekalkan atau diperbaiki sebab ia adalah perkhidmatan sosial,” katanya
pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman
(MoU) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari
ini.
Presiden
Perbadanan Putrajaya, Datuk Seri Hasim Ismail (tengah) menyaksikan
Ketua Eksekutif Kumpulan PULSE GROUP, Datuk Badlishah Ahmad (tiga kiri)
bersalaman dan bertukar dokumen dengan Pengarah Urusan Konsortium Bas
Express Semenanjung (M) Sdn. Bhd., Datuk Che Azizuddin Che Ismail (dua
kanan) turut serta Setiausaha Sulit Kanan Menteri Wilayah, Datuk Mohd
Rahimi Rejab (tiga kanan) pada Majlis Menandatangani Memorandum
Persefahaman diantara Konsortium Bas Express Semenanjung (M) dan PULSE
GROUP di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto
NOOR ASREKUZAIREY SALIM
Hadir sama Setiausaha Sulit Kanan Menteri Wilayah, Datuk Mohd Rahimi
Rejab pada Majlis Menandatangani MoU di antara Konsortium Bas Express
Semenanjung (M) dan PULSE GROUP.
Terdahulu beliau GETS Global Berhad (GETS Global) melalui anak
syarikatnya Konsortium Bas Ekspress Semenanjung (M) Sdn Bhd memeterai
MoU dengan Putrajaya Leisures & Services Group Sdn Bhd (PULSE Group)
bagi cadangan pengambilalihan saham di dalam Pengangkutan Awam
Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd (PAPTT).
MoU tersebut telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan GETS Global,
Datuk Che Azizuddin Che Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
PULSE Group, Datuk Badlishah Ahmad di PICC, di sini.
Mengulas lanjut, Hasim juga berkata, MoU itu merupakan batu loncatan
dalam menangani isu pengangkutan awam di Putrajaya iaitu perkhidmatan
Bas Nadi Putra.
“Kita dapat lihat bagaimana GETS Global dapat menguruskan
pengangkutan awam Putrajaya dan menjadi harapan saya supaya isu yang
berkaitan dengan pengangkutan awam di Putrajaya dapat diatasi.
“Saya berharap GETS Global akan dapat menguruskan pengangkutan awam
iaitu bas di Putrajaya secara efisien. Kami juga mengharapkan pengumuman
yang mendatangkan faedah kepada pengguna-pengguna bas di Putrajaya
ini,” jelasnya.
Sementara itu, Che Azizuddin pula menyatakan keyakinan melalui
kerjasama itu dapat memberikan manfaat dan menyumbang ke arah mencapai
visi Putrajaya Bandar Hijau menjelang 2025.
“Dengan sokongan rakan teknologi, FOTON, kami akan memperkenalkan
perkhidmatan bas elektrik dengan lebih meluas di Putrajaya di mana
penggunaannya dapat mengurangkan pencemaran emisi karbon, bunyi dan
kesesakan lalulintas dan perkhidmatan lebih cekap,” katanya.
-MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan