SHAH ALAM: Naib Presiden Pakatan Harapan (PH) Salahuddin Ayub menolak
kritikan-kritikan daripada pelbagai pihak yang menyifatkan 'Himpunan
Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi' yang berlangsung pada Sabtu lalu
sebagai gagal.
Sebaliknya beliau berkata, himpunan berkenaan dianggap berjaya ekoran
menyaksikan kehadiran masyarakat berbilang bangsa, kaum dan agama di
Padang Timur.
“Siapa kata program ini gagal. Ramai yang datang jika dibandingkan
dengan perhimpunan lain. Kami tidak berarak dan tiada masalah timbul
(sepanjang perhimpunan).
“Kita juga berjaya himpunkan semua kaum, agama. Tidak seperti
sesetengah perhimpunan yang hanya menghimpunkan satu kaum dan pengikut
mereka sahaja,” kata Salahuddin dipetik Sinar Harian.
Beliau turut memberi alasan himpunan berkenaan gagal memenuhi sasaran
100,000 orang berikutan ramai orang pulang ke kampung kerana cuti
sekolah sudah bermula.
“Cuma, himpunan semalam (kelmarin) tidak mencapai matlamat (kumpulkan
100,000 orang). Mungkin kerana tarikh perhimpunan jatuh pada musim cuti
persekolahan dan perayaan Deepavali. Jadi ramai yang bercuti panjang,”
kata Salahuddin.
Himpunan Antikleptokrasi melabuhkan tirainya dengan mengumumkan 25,000
yang hadir menyertainya, namun media melaporkan jumlah hadirin paling
hanya sekitar kira-kira 10,000.
Bagaimana Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor mengesahkan jumlah kehadiran peserta perhimpunan sekitar 4,000 orang.
Penganjur sebelum ini menyasarkan 100,000 penyertaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan