SHAH ALAM: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad
menyatakan kesediaan untuk mengisytiharkan hartanya, namun akan hanya
berbuat demikian sekiranya beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum
Ke-14 (PRU14).
"Ya. Saya boleh isytiharkan harta saya tetapi saya tak tahu sama ada
saya akan jadi calon atau tidak," katanya dalam sidang akhbar di
parlimen petang ini.
Dr Mahathir juga kembali bertanya kepada media sama ada mahu beliau menjadi calon pada pilihan raya akan datang.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada calon Pakatan Harapan
akan mengikut jejak langkah Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang
mengisyitiharkan hartanya.
Sebelum ini beliau dikritik kerana gaya hidup ahli keluarganya yang mewah.
Terbaru, media mendedahkan kehidupan mewah cucunya Meera Alyanna
Mukhriz, yang bercuti di atas sebuah kapal layar mewah, dipercayai
dihadiahkan oleh bapanya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Beberapa keping gambar Alyanna atau Ally yang memaparkan kehidupan mewahnya juga viral di laman sosial Facebook.
Dipercayai koleksi gambar yang dipaparkan oleh Facebook tersebut diambil daripada akaun Instagram cucu Dr Mahathir itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan