HALAMAN SANTAI

Rabu, 15 November 2017

Harga minyak naik, BR1M juga mungkin naik

MALAYSIAKINI
 


Kerajaan mungkin akan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang lebih besar susulan kenaikan harga petroleum.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kerajaan boleh mendapat lebih pendapatan sehingga RM300 juta untuk peningkatan AS$1 setiap tong.

“Kalau hari ini kita punya bajet, purata harga minyak AS$52 (setong), katakan menjelang Disember 2018, kita punya purata AS$62 (setong), bermakna kita ada AS$10 (tambahan), bermakna kita ada RM3 bilion tambahan,” katanya.

Johari berkata demikian ketika penggulungan perbahasan Belanjawan 2018 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut sama ada kerajaan akan menaikkan jumlah bantuan tunai atau akan menambah bilangan penerima BR1M

Tiada ulasan: