HALAMAN SANTAI

Rabu, 15 November 2017

Saya juga boleh dedahkan keburukan mereka, kata Tun M

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Selepas kekayaan cucu-cucunya didedahkan baru-baru ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pihak tertentu bahawa dirinya juga boleh membuat perkara yang sama.
 
"Dalam politik memburukkan orang sentiasa jadi strategi. Ini adalah idea untuk mengalihkan perhatian daripada 1MDB, derma RM2.6 bilion dan sebagainya.
 
"Kamu pergi korek keburukan orang lain, saya boleh korek keburukan juga," kata Mahathir ketika mengadakan sidang media PH di Dewan Rakyat, petang tadi.
 
Terdahulu dua akhbar berbahasa Melayu menyiarkan gaya hidup mewah cucu Dr Mahathir yang dipercayai sedang berseronok bersama rakan-rakannya di atas sebuah kapal layar.
 
Kapal itu juga dinamakan sempena nama cucu bekas perdana menteri itu.
 
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ser Nazri Aziz ketika mengulas hal itu pada semalam berkata tidak ada masalah jika ada mana-mana pihak hendak menonjolkan kemewahan diri mereka.
 
Bagaimanapun ia perlulah datang dari sumber yang betul, kata Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu.
 
 "Kita pun nak tahu dari mana datangnya kekayaan ini. Saya dah tanya Dr Mahathir banyak kali dah bagaimana anak-anak dia boleh kaya, bukan pandai meniaga pun.
 
"Jadi, kalau dah jadi orang kenamaan public figure maka orang berhak untuk tahulah dari mana datangnya kekayaan itu.
 
"Jadi, jangan berpura-puralah kalau nak tunjuk perjuangkan orang yang susah atau apa," kata Nazri.
 
 

Tiada ulasan: