HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 Januari 2018

Dua penjawat awam dicekup minta rasuah di Langkawi

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
ALOR SETAR: Dua penjawat awam termasuk seorang penolong pegawai undang-undang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Langkawi, semalam bagi membantu siasatan meminta dan menerima suapan bagi melancarkan proses permohonan tanah di Langkawi.
 
Menurut Pengarah SPRM negeri, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad, kedua-dua lelaki masing-masing berumur 31 dan 30 tahun itu disiasat selepas dikatakan meminta dan menerima dua helai kameja T berjenama Harley Davidson berjumlah RM456.03 untuk tujuan tersebut.
 
“SPRM menahan lelaki yang bekerja sebagai penolong pegawai undang-undang dan pembantu operasi itu  pada kira-kira pukul 2.28 petang, semalam di sebuah restoran di Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
 
Tambahnya, kedua-dua lelaki berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Langkawi, Langkawi untuk mendapatkan permohonan reman pagi ini.
 
 

Tiada ulasan: