KUALA SELANGOR: Seramai 47 penduduk melibatkan 13 keluarga dipindahkan
ke pusat pemindahan sementara ekoran banjir yang menenggelami dua
kampung iaitu Kampung Seri Aman dan Kampung Seri Sentosa, di sini.
Hujan lebat sejak petang semalam itu menyebabkan kampung tersebut
ditenggelami banjir sedalam 1.5 meter dan sebuah pusat pemindahan di
Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields dibuka mulai
pukul 10.50 malam semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kuala Selangor, Shamsul
Shahril Badliza Mohd. Noor berkata, pecahan mangsa ditempatkan di pusat
pemindahan berkenaan ialah 13 lelaki, 11 perempuan, 13 kanak-kanak serta
sembilan warga emas.
“Buat masa ini, logistik dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) dengan
kekuatan sebuah ambulans, sebuah lori 5 tan dan sebuah bot ditempatkan
di lokasi bagi operasi menyelamat,” katanya ketika ditemui pemberita di
sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan