KOTA BHARU:
PAS Kelantan menasihatkan penyokong parti itu khususnya anak muda tidak
melakukan sebarang provokasi ketika keghairahan berkempen di saat-saat
akhir.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri,
Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, penyokong juga diingatkan tidak
mencetus suasana kecoh terutamanya di pusat-pusat pengundian.
Katanya, pada saat-saat akhir perkara
yang tidak diduga boleh tercetus kalau tidak dikawal perasaan sehingga
boleh mengundang situasi buruk.
“Kawal perasaan, kawal diri sebaik
mungkin dan jangan mudah melatah dengan provokasi pihak lawan,” ujarnya
pada sidang media di Pejabat PAS Kelantan hari ini.
Pada masa yang sama beliau turut
mengingatkan jentera PAS memperkemaskan gerak kerja bagi mengelak
pencerobohan pihak lawan menjelang hari mengundi esok.
“Kelekaan jentera parti pada malam
terakhir selepas jam 12 malam akan memberi ruang pihak lawan
menggerakkan operasi mereka secara halus,” katanya.
Di Jeli dan Tanah Merah agen Umno
dikatakan naik turun rumah penduduk selepas jam 12 malam untuk
mengagihkan duit dan baiah sumpah dengan pengundi. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan