HIMPUNAN Deklarasi 500
NGO NGI Islam pada 7 Mei di Hotel Bangi Putrajaya telah bersepakat untuk
menggerakkan keseluruhan ahli-ahli di bawah NGO masing-masing yang
berjumlah lebih 5 juta orang untuk mempertegaskan sokongan yang jelas
bagi memberi undi kepada calon dan parti yang mampu memperkasakan
kedaulatan Islam dan sekali gus menolak parti dan calon yang membawa
agenda yang cuba menghakis Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sokongan ini mampu untuk memberi
kemenangan kepada calon dan parti yang membawa agenda Islam yang lebih
sejahtera yang juga sebagai agama dan kaum yang majoriti dalam negara
yang memberi kestabilan kepada politik negara.
Gerakkan Tsunami Islam Melayu mampu akan
berlaku pada PRU ke-14, esok sekiranya lebih 5 juta ahli-ahli NGO NGI
Islam membuat keputusan yang tepat untuk menyokong agenda memperkasakan
kedaulatan Islam.
Terdapat sokongan yang kuat bahawa
calon-calon dan parti yang membawa agenda yang mendukung Islam telah
mendapat sokongan yang hebat dan luar biasa daripada ahli-ahli Ummah.
MOHD ZAI MUSTAFA .
Pengarah Himpunan NGO NGI Ummah - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan