HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Mei 2018

Calon ‘tukar baju’ Umno yakin mampu galas tanggunggjawab menangkan PH di Sungai Besar



Muslimin Yahaya (kanan) ketika bersama calon PH Mariam Abdul Rashid (kiri) dan Ng Suee Lin (tengah) sebelum memulakan pergerakan ke pusat penamaan calon di Dewan Sri Bernam pada Sabtu Lalu.

“Saya ada keyakinan dan mampu mengalas tanggungjawab yang diberikan oleh Pakatan Harapan,” itu jawaban yang dilontar  calon P093 Sungai Besar Muslimin Yahaya yang mewakili calon Pakatan Harapan.

Beliau antara calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang ditawarkan bertanding bagi kerusi Sungai Besar dalam tempoh 48 jam sebelum hari penamaan calon pada Sabtu lalu.

Muslimin adalah calon tempatan yang telah berkhidmat 10 tahun dengan penyandang Allahyarham Tan Sri  Noriah Kasnon, sebelum terlibat dalam tragedi helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei 2016.

Muslimin Yahaya

Menurut Muslimin banyak khabar angin mengenai pencalonannya di saat akhir di Sungai Besar ketika ditanya bagaimana nama beliau boleh dicalonkan di kerusi Bersatu.

Beliau mengakui telah ditawarkan oleh Ketua Pemuda Bahagian Sungai Besar Mohd Ashraf Basri sebagaimana diumumkan oleh Pengerusi Bersatu Selangor Datuk Abdul Rashid Asari pada 25 April lalu.

“Banyak rumors mengenai saya kerana keluar Umno tiba-tiba sertai PPBM. Saya sebenarnya telah ditawarkan oleh Ashraf calon yang telah dipilih oleh kepimpinan PPBM Selangor.

“Saya mengambil masa untuk memikirkan secukup-cukupnya untuk membuat keputusan ini. Ashraf adalah ahli Kelab Mahasiswa Sungai Besar cadangannya itu, dipersetujui diperingkat bahagian dan kepimpin utama PPBM juga Majlis Presiden Pakatan Harapan.

“Saya sudah lama di kawasan ini dan tidak menjadi masalah jika saya bertanding untuk melawan rakan sendiri dari BN.

“Saya menpunyai penyokong kelab mahasiswa dan pengundi di sini, yang mana mereka menyokong perjuangan saya untuk membawa perubahan di Sungai Besar bersama Pakatan Harapan,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Sungai Besar  itu  juga menafikan dakwaan beliau telah lama menyimpan hasrat untuk bertanding sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) 2016 dan PRU14,  tetapi disebabkan namanya tidak terpilih antara punca beliau meninggalkan Umno.

“Tidak.Saya ditawarkan. Ini takdir. Saya pun tidak sangka.

“Saya harap mereka (ahli Umno) duduk diam-diam (tidak ikut keluar parti) tetapi bantu saya untuk menang. Saya tak mahu cakap banyak nanti silap persepsi.

“Kita tunggu keputusan pilihan raya nanti. Jika saya diberikan peluang saya akan lebih menumpukan kepada agenda ekonomi dan golongan belia di Sungai Besar ini,” ujarnya yang berterus terang mengatakan pencalonannya itu adalah strategi PH.

Pada Sabtu, Muslimin diumumkan sebagai calon mencabar penyandang kerusi Sungai Besar Datuk Budiman Mohd Zohdi (BN) dan Muhammad Salleh M Husin (Pas).

Budiman Mohd Zohdi

Calon ‘tukar baju’

Bagi  penyandang kerusi Sungai Besar  Budiman, ketika ditanya mengenai pencalonan Muslimin, beliau menganggap tindakan Muslimin itu sebagai ‘tukar baju’ dan mengharapkan agar pengundi Sungai Besar dapat menilai sendiri calon-calon yang bertanding pada PRU14 kali ini.

“Jika kita jadikan sandaran kemarahan kepada apa yang berlaku hari ini adalah tidak wajar di saat masa kita berkempen.

“Saya akan terus bekerja untuk bertemu 400 pengundi setiap hari bagi memastikan 50,000 pengundi di Parlimen Sungai Besar ini mendapat akses semua maklumat dan bahan kempen dan manifesto BN.

“Saya tidak ada kebimbangan untuk mendekati semua golongan rakyat hanya kerana ada bekas calon Umno yang menyertai Bersatu dan bertanding atas simbol PKR.

“Saya bersandarkan kepada pencapaian saya selama dua tahun di Parlimen Sungai Besar dan lima tahun di Sungai Panjang.

“Pengundi akan memberi penilaian dan menentukan keputusan mereka.” ujarnya.

Ditanya tindakan Muslimin itu ekoran kekecawaan terhadap Umno Bahagian  yang tidak memilihnya pada PRU14, Budiman tidak menafikan hal itu berlaku.

“Saya tidak pasti bagaimana dalam tempoh 48 jam dia sanggup tukar bajunya sarung baju parti bunga.

“Ada angin mengatakan demikian apapun semua terpulang kepada beliau, jika sudah bertukar baju itu tandanya  tidak menghormati lagi perjuangan parti yang didokonginya selama ini.

“Dalam politik segalanya boleh berlaku yang mana ia tidak boleh menjadi asas kepada sebarang rasa benci, sakit hati, atau tekilan di hati kerana sebab kita tidak terpilih menjadi calon, Beliau patut faham elemen itu,” ujarnya lagi.

Budiman, 44, adalah anak tempatan yang berasal dari Kampung Sungai Limau di Sungai Besar, dan juga Setiausaha Adun BN Selangor.

Tiada ulasan: