ALOR SETAR: Sindrom penafian kini melanda DAP setelah ahli seumur hidup
DAP, Amran Ahmad mendedahkan parti itu sengaja memburuk-burukkan
kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak dan keluarganya dengan matlamat untuk meracuni
pemikiran rakyat.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini menafikan Amran adalah
pegawai khasnya malah seperti dijangka Guan Eng turut menafikan
kebenaran pendedahan propaganda DAP oleh Amran yang merupakan ahli
seumur hidup parti itu.
“Dia bukan pegawai khas saya, laporan tersebut tidak benar,” katanya
ketika ditemui selepas mengadakan ceramah gabungan pembangkang PKR di
Flat Setia Jaya di sini hari ini dipetik Utusan Online.
Selain itu, Guan Eng juga turut mengelak daripada mengulas lanjut
mengenai Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang menggunakan kata-kata
keras ketika berkempen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan