BAKRI: Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming tidak sepatutnya mengeluarkan
kenyataan berunsur penghinaan terhadap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Presiden Pakatan Harapan
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Kita tidak sepatutnya kata perkara seperti itu kerana kita sudah
bersama-sama dalam Pakatan. Dr Mahathir sudah membuat video yang
mengatakan beliau mahu membetulkan kesilapan masa lalu," katanya kepada
pemberita selepas berucap pada ceramah di Bukit Naning dekat sini,
dipetik Mstar Online.
Ditanya sama ada Pakatan akan menegur Kor Ming, Dr Wan Azizah berkata: "Anda perlu tanya DAP berkaitan perkara itu."
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Pakatan mengutuk
kenyataan Kor Ming dalam klip video berdurasi 1 minit 53 saat yang
dimuatnaik dalam laman Facebook "Gerak Perak" yang kononnya menunjukkan
pemimpin DAP itu menghina Dr Mahathir dalam satu ceramah.
Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, Kor Ming
mengeluarkan kata-kata menghina Tun Dr Mahathir dengan meletakkan tokoh
berusia 92 tahun itu di neraka bersama Lee Kuan Yew.
Kor Ming dengan biadap mengatakan bekas perdana menteri Singapura yang
pertama itu sedang sabar menunggu ‘di atas’ untuk bermain mahjong dengan
Tun Dr Mahathir.
Pemimpin DAP yang bertanding di kerusi Parlimen Teluk Intan akan dicabar Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong.
Kor Ming turut bertanding di kerusi DUN Aulong menentang calon BN, Soo Kay Peng.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, Kor Ming memohon maaf
di atas kekasaran bahasa yang digunakan dalam ceramah tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan