BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
berkata pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan menjadi pentas pertama dan
terakhir untuk Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding atas tiket PPBM.
Beliau berkata, bekas perdana menteri itu tidak mampu kerana faktor usianya yang mencecah 93 tahun dan juga faktor kesihatan.
“Dia (Dr Mahathir) boleh bercakap apa sahaja…Kita dalam (Barisan
Nasional) BN akan pastikan inilah kali pertama dan terakhir buat Dr
Mahathir bertanding di bawah tiket pembangkang dan PPBM,” katanya pada
sidang media di sini, hari ini, dipetik FMT.
Semalam, Dr Mahathir yang juga calon Pakatan Harapan bagi Parlimen
Langkawi, dalam satu sidang akhbar di Putrajaya berkata, beliau akan
melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada PRU14.
Sementara itu, Zahid yang juga naib presiden Umno yang menjalankan
tugas timbalan presiden, berkata tindakan tegas akan diambil terhadap
semua ahli parti yang bertindak mengkritik, menghentam dan berpaling
tadah daripada Umno pada ceramah pembangkang.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini
berkata, keahlian 3 veteran Umno yang juga bekas menteri, iaitu Tan Sri
Rafidah Aziz, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Dr Rais Yatim digugurkan
berkuatkuasa semalam kerana menyokong parti pembangkang, selain
menghentam Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan