HALAMAN SANTAI

Sabtu, 5 Mei 2018

Pengundi tidak mahu pertaruh masa depan Langkawi

Hasnira Hassan
Ir Nawawi Ahmad


LANGKAWI – Penyandang Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad yakin mampu mengekalkan kerusinya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 meskipun berdepan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Meskipun pengundi berhadapan dengan sentimen, namun Nawawi yakin pengundi bijak membuat pilihan dalam memilih parti atau calon yang bertanding.

“Pengundi Langkawi memang ada konflik untuk memilih antara calon atau parti.

“Tetapi daripada maklum balas akar umbi yang penting adalah memilih parti kerana parti akan membawa Langkawi ke arah lebih baik. Mereka lebih mengutamakan masa depan rakyat dan pembangunan Langkawi.

“Calon pula, kalau dia (Dr Mahathir) seorang saja, dia tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya kepada pemberita pada program Klinik Niaga di Telaga Walk, dekat sini hari ini.

Kerusi Parlimen Langkawi menjadi tumpuan pada PRU kali ini, apabila Dr Mahathir membuat keputusan bertanding situ.

Selain Dr. Mahathir, Nawawi juga berdepan dengan Yang Dipertua Pas Kawasan Langkawi, Zubir Ahmad.

Pada PRU 2013, Nawawi yang juga Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menewaskan calon PKR, Ahmad Abdullah dan calon Bebas, Marina Hussein dengan majoriti 11,861 undi. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: