KOTA BHARU: Anak-anak Kelantan di perantauan dirayu pulang ke kampung halaman bagi membolehkan menunaikan tanggungjawab pada 9 Mei ini.
Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan
Ahmad Yakob berkata, anak-anak perantau hendaklah bersama menunaikan
tanggungjawab mengekalkan kerajaan yang ada sekarang.
“Ini bagi membolehkan kita melaksanakan
lebih banyak lagi program-program yang sudah kita rancang terutamanya
yang dipandu daripada wahyu Allah Taala.
“Saya menyeru dan merayu kepada semua
anak perantau supaya balik ke Kelantan bagi menunaikan tanggungjawab
yang besar iaitu mengundi 9 Mei ini,” katanya di sini.
Menurutnya juga sejak kepimpinan ulama
menerajui Kelantan bermula akhir 1990 sehingga sekarang sudah banyak
program dilaksanakan demi kebajikan, kebaikan dan keamanan rakyat
Kelantan.
Kata beliau semoga kembali anak Kelantan
akan memberi kekuatan dan kebaikan yang banyak kepada kerajaan negeri
ditadbir berasaskan Islam.
“Saya juga berharap ana-anak perantau
berhati-hati dalam perjalanan pulang bagi membolehkan dapat menunaikan
tanggungjawab dan dapat kembali semula ke tempat kerja dengan selamat,”
ujarnya.
Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Dato’ Dr
Johari Mat pula berkata, tanggungjawab bagi mempertahankan kerajaan
Islam di Kelantan menjadi satu perjuangan yang cukup besar.
Katanya, biar dalam keadaan apa
sekalipun anak perantau hendaklah pulang ke kampung masing-masing bagi
menunaikan tanggungjawab tersebut.
“Islam yang kita pertahankan memberi kerahmatan kepada semua rakyat termasuk masyarakat bukan Islam,” tambahnya. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan