Oleh Siti Nur Azizah Mohd Zaini
SHAH ALAM: Pembangkang menghasilkan pelbagai propaganda untuk menipu
dan memesongkan pemikiran pengundi pada Pilihan Raya ke-14 (PRU14), kata
Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP Pusat merangkap Pemikir Publisiti
Pengundi Melayu DAP, Amran Ahmad.
Katanya, usaha ini telah berlaku sekian lama selepas DAP berjaya menakluki Pulau Pinang 10 tahun lalu.
"Jadi saya memilih masa ini untuk mendedahkan salah laku, fitnah
terancang dan propaganda yang dimainkan oleh DAP semata-mata untuk
menyedarkan rakyat kita bahawa selama ini mereka telah ditipu, pemikiran
mereka telah dipesongkan dan DAP telah mengambil pendekatan yang cukup
tidak beretika bagi mempengaruhi pertimbangan pengundi bagi PRU14 ini.
"Pada pengalaman saya, kerja-kerja ini telah dijalankan apabila DAP
memenangi Pulau Pinang dengan peruntukan dan kemampuan yang ada untuk
mengadakan kutipan makan malam derma yang melibatkan jumlah puluhan atau
ratusan ribu maka mereka dapat mengumpulkan dana yang banyak bagi
memulakan kerja publisiti ini selama sudah lebih 10 tahun.
Beliau berkata demikian dalam bicara #JomUndi 'Agenda Tersembunyi DAP
dan PKR' melalui FB Live, 'Berita Harian online' hari ini yang turut
dihadiri oleh Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim.
Katanya, sebelum beliau menyertai pasukan publisiti DAP, pasukan itu
sudah giat menjalankan pembikinan video yang memburukkan kerajaan.
"Sebelum saya menyertai UmmahTV itu lagi, mereka menjalankan pembikinan video yang memburukkan kerajaan.
"Usaha ini dijalankan secara berterusan sehingga menimbulkan tanggapan
dan persepsi bahawa kerajaan yang ada pada hari ini rasuah, 1MDB, salah
guna kuasa, mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam isu 1MDB, GST
disebabkan hutang 1MDB dan pelbagai lagi"
"DAP dan Pakatan Harapan merasakan undi masyarakat Cina dalam poket
mereka jadi mereka hanya perlu menyasarkan serangan oleh DAP dan PKR
terhadap agensi kerajaan agar membangkitkan kemarahan orang Melayu
kepada kerajaan untuk memilih pembangkang," katanya.
Amran turut mempersoalkan kedudukan orang Melayu dalam DAP yang beliau merasakan hanya menjadi hiasan.
"Dalam DAP ini tiada agenda untuk orang Melayu dan ini saya berani katakan.
"Pada asasnya, orang-orang Melayu diletakkan di dalam DAP dan hari ini
hanya sebagai pasu bunga kerana salah seorang orang Melayu dalam DAP itu
sendiri berkata “buat apa berada dalam DAP kalau hanya sebagai pasu
bunga?” dan itu saya ingat sampai hari ini," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan