HALAMAN SANTAI

Jumaat, 4 Mei 2018

Saya masih calon BN untuk jadi MB Johor - Khaled

MALAYSIAKNI

   
PRU14 | Selepas lebih seminggu dalam keadaan ketidakpastian, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin malam tadi mendedahkan BN memilih beliau kekal sebagai menteri besar Johor jika menang di negeri itu.

Keadaan ketidakpastian itu bermula apabila BN pada 23 April mengumumkan Khaled bukan sahaja akan mempertahankan kerusi DUN Permas, tetapi juga bertanding di kerusi parlimen Pasir Gudang pada pilihan raya umum ke-14.

Ini mencetuskan spekulasi bahawa Khaled akan dipindahkan ke pusat dan calon lain, termasuk eksekutif projek Forest City yang turut bertanding, mungkin menggantikannya sebagai calon menteri besar Johor.

"Pada kali ini saya bukan sahaja jadi calon Permas, tapi juga untuk calon parlimen Pasir Gudang.

"Maknanya bukan sahaja saya membawa suara di peringkat negeri, saya juga kalau berjaya di peringkat parlimen, saya akan bawa suara Johor di dalam parlimen untuk disampaikan kepada Kuala Lumpur.

"Dan memang pihak pembangkang melontarkan soalan sama ada di mana saya selepas ini? Saya hanya boleh beritahu saya masih calon BN utk menjadi MB Johor.

"Dari segi parti, saya adalah calon untuk menjadi MB," katanya

Sebaliknya, kata Khaled, Pakatan Harapan yang tidak jelas tentang pendiriannya.

Dengan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassib bertanding di kerusi DUN Gambir dan kerusi Parlimen Pagoh, Khaled bertanya siapakah calon menteri besar pembangkang.

"Apa matlamat Tan Sri Muhyiddin bertanding di Gambir. Adakah dia nak jadi MB? Kalau nak jadi MB, umum jadi MB," katanya.

Khaled mendakwa bahawa keengganan Muhyiddin untuk mengumumkan niatnya itu, mungkin bermakna dia akan kalah di Gambir.

"Kalau dia umum, maknanya dia sudah habis di (peringkat) persekutuan. Orang persekutuan tolak dia, dia terpaksa cari tempat," dakwanya.

Tiada ulasan: