HALAMAN SANTAI

Jumaat, 4 Mei 2018

Dr M sedia disiasat di bawah akta berita palsu

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersedia didakwa di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018 atas dakwaan sebar berita palsu berhubung dakwaan pesawat yang sepatutnya membawa beliau ke Langkawi disabotaj pihak tertentu, Jumaat lalu.
 
Bekas perdana menteri, yang juga calon PKR bagi kerusi Parlimen Langkawi untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14), sekali lagi mempertahankan dakwaan adanya percubaan mensabotaj kapal terbang yang sepatutnya beliau naiki ke Langkawi untuk hari penamaan calon, Sabtu lepas.
 
Dr Mahathir, yang juga pengerusi PPBM, berkata kapal terbang tersebut mengalami kerosakan pada bahagian tayar ketika hendak berlepas dari Subang ke Langkawi, sehari sebelum hari penamaan calon.
 
“Pesawat itu rosak pada hari yang kritikal, hari saya nak pergi ke Langkawi. Saya naik kapal terbang beribu kali tak pernah jadi macam itu,” katanya pada ceramah Kebangkitan Rakyat Pakatan Harapan, semalam.
 
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim sebelum ini dilaporkan sebagai berkata Dr Mahathir kini disiasat mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018 berhubung dakwaan tersebut.
 
 

Tiada ulasan: