Syed Mohd Bakri Syed Islam
Juara Pencetus Ummah Musim Ketiga, Syed Mohd Bakri Syed Islam, berkata desakan itu dibuat kerana dirasakan Mujahid tidak mampu untuk menguruskan isu berkaitan kemaslahatan umat Islam.
Katanya, jawatan itu perlu diberi kepada orang yang lebih berautoriti dan faham mengenai Islam.
"Kalau ada maruah letaklah jawatan.Berilah peluang kepada yang lebih baik untuk memangku jawatan itu.
"Jangan dirombak apa yang dah baik, jangan bagi peluang golongan liberal tepuk tangan.Jangan buka ruang untuk mudah orang melakukan maksiat," katanya menerusi perkongsian di Facebooknya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi ketukan pintu tengah malam cegah khalwat]
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mujahid yang dipetik berkata tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.
Sebaliknya tegas Mujahid, apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Orang khalwat selalunya ditempat tertutuplah...]
[ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan saya tak salah: Mujahid]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan