THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perlu ada petunjuk baharu untuk mengukur kekayaan negara.
Beliau berkata pengiraan menggunakan asas purata adalah tidak begitu tepat.
“Kita perlu tentukan cara untuk mengukurnya. Adakah kita sebenarnya dapat sesuatu yang betul apabila kita bercakap tentang KDNK dan pendapatan per kapita,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Forum Megatrends Khazanah 2018, di sini, semalam.
Memberikan contoh, beliau berkata jika terdapat 1,000 orang dan hanya terdapat seorang jutawan, purata pendapatan 1,000 orang itu adalah RM1,000.
“Tetapi hanya terdapat seorang jutawan dan bakinya tidak mempunyai wang langsung. Sebab itu kenapa kita perlu mencari petunjuk lain bagi kekayaan negara.
“Jika kita hanya menggunakan pendapatan per kapita, kita mungkin ada kesaksamaan tetapi hakikatnya tidak wujud kesaksamaan kerana pendapatan per kapita adalah berdasarkan pendapatan terlalu tinggi oleh beberapa indivdiu peringkat atasan manakala golongan bawahan tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membeli makanan atau mendapatkan rumah sebagai tempat berteduh,” katanya.–Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan