Kerajaan Pakatan Harapan didesak menghentikan usaha merubah urus tadbir Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang dilihat seolah-olah menjadi sebuah parti politik dengan kemasukan ramai pegawai baharu dari kalangan orang parti.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata sebagai sebuah institusi Islam, YADIM tidak wajar dicabuli demi memenuhi kerakusan parti politik tertentu.
Katanya YADIM kini terpaksa menanggung kos emolumen tinggi berikutan pengambilan ramai kakitangan baharu dalam kalangan ahli parti yang dibawa masuk ke pejabat Yang Dipertuanya, Nik Omar Nik Abdul Aziz.
“Setiap pegawai khususnya dengan jawatan sebagai perunding (konsultan) dibayar dengan gaji besar antara RM10,000 hingga RM12,000 seorang dan jumlah sedemikian untuk dibayar kepada beberapa pegawai yang telah ditawarkan jawatan tersebut khabarnya kos pejabat Yang Dipertua sahaja mencecah RM50,200 sebulan.
“Ini bermakna YADIM harus menanggung lebih daripada setengah juta setahun semata-mata untuk membayar gaji-gaji pegawai lantikan tersebut,” katanya melalui kenyataan pada Jumaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan