HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Mac 2019

RAKYAT MULA MUAL DENGAN PH

Wartawan Watan-Online



Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan rakyat kini bukan sahaja kecewa malah ‘mual’ dengan polemik dan prestasi pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Dalam satu perkongsian di laman Facebook rasminya, Ahmad Zahid turut memetik kenyataan keratan akhbar di mana pimpinan utama Kerajaan PH sendiri melahirkan rasa kecewa dengan pentadbiran kerajaan PH.

“Jawapan balas ini diberi oleh beliau berikutan dengan satu kenyataan awal yang dibuat oleh Nurul Izzah yang tidak berpuas hati dan meluahkan rasa kecewa dengan kerajaan PH yang gagal menunaikan janji mereka serta tidak menggerakkan agenda reformasi seperti yang dirancang.

“Hakikatnya kerajaan PH ini dilihat lemah dan bukan sahaja menghadapi pelbagai kritikan serta tekanan atas kegagalan pentadbiran mereka dari pihak pembangkang, tetapi yang lebih memalukan ialah suara protes dan ketidak puas hati dalam kalangan kepimpinan serta penyokong mereka sendiri,” katanya pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata kekecewaan yang sama turut dizahirkan oleh seluruh rakyat Malaysia yang merasa tertipu dengan alasan PH untuk tidak menunaikan janji manifesto dan kegagalan kerajaan menguruskan sesuatu isu dengan optimum.

“Rakyat masih lagi terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi, Menteri Kewangan sendiri tidak dapat memberi jaminan harga barangan dapat diturunkan selepas cukai SST menggantikan GST.

“…Isu tol, harga petrol, hutang PTPTN, harga sawit dan getah yang tidak menentu, nasib peneroka dan pekebun kecil yang kian tertekan malah kakitangan kerajaan pula sudah mula resah dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat mutakhir ini,” tambah beliau.



Tiada ulasan: