Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi pandangannya tentang Dr Mahathir Mohamad sebagai respons kepada kenyataan Nurul Izzah tentang perdana menteri itu yang dilaporkan media Singapura baru-baru ini.
Melalui Twitter, Ketua Pemuda Bersatu itu berkongsi perwatakan Dr Mahathir dalam ulang ciap berita yang memetik kenyataan Nurul Izzah.
"Dia seorang yang rajin bekerja yang tidak pernah berhenti bekerja.
"Dia mendengar pendapat semua orang, tanpa mengira umur. Dia suka idea-idea yang bukan konvensional.
"Dia ada keberanian moral untuk melakukan hal yang orang lain tidak boleh. Dia sentiasa mengutamakan Malaysia walaupun bererti mengorbankan dirinya sendiri. Itulah Tun (Dr Mahathir)," katanya.
Dalam wawancaranya bersama Straits Times baru-baru ini, antara lain menyebut bahawa Dr Mahathir sebagai "bekas diktator yang banyak membuat kerosakan".
Bekas naib presiden PKR itu mengakui cabaran bekerjasama dengan Dr Mahathir yang satu ketika dulu merupakan seteru ayahnya.
"Bekerja dengan bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan, bukan saja pada kehidupan keluarga kami, tapi juga sistem (pentadbiran negara). Ia bukan sesuatu yang mudah," katanya.
Dalam wawancara itu, Nurul Izzah turut menyatakan kekecewaannya terhadap beberapa perkara termasuklah penyertaan bekas wakil rakyat Umno dalam parti komponen PH.
Susulan itu, selain kritikan terhadap ahli parlimen Permatang Pauh itu sendiri, kenyataan itu juga mengundang sindir-menyindir antara pemimpin PH dan BN yang lain
Tiada ulasan:
Catat Ulasan