Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, cadangan itu akan dibawa dalam Kabinet.
“Kita akan meneliti cadangan ini, yang penting kerajaan komited mahu mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya selepas melancarkan Program Mentakafulkan Penjawat Awam dan Kerjasama MyCUEPACSCare dan Pos Malaysia Bhd di sini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada harga tarif elektrik akan diturunkan memandangkan harga arang batu dan gas asli (LNG) semakin murah.
Harga semasa LNG yang dihantar ke Timur Laut Asia menurun kepada AS$4.65 per juta unit terma British (mmBtu) pada minggu ini hingga 21 Mac terendah sejak Mei 2016.
Manakala harga kargo arang batu bagi eksport dari Terminal Newcastle Australia susut sejak pertengah 2018 kepada bawah AS$90 setiap tan sejak tahun 2017.
Pelarasan kadar tarif kepada pengguna di negara ini dibuat setiap enam bulan berdasarkan kos untuk menjana elektrik dengan menggunakan mekanisme Kos Pelepasan Tidak Seimbang (ICPT).- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan