HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Mac 2019

Ramai minat sertai Umno kerana PH 'kencing', kata Asyraf


   

Ketua Pemuda Umno Kebangsaan Asyraf Wajdi Dusuki berkata ramai golongan muda berminat menyertai Umno kerana hilang kepercayaan dengan kerajaan PH.

"Kita menerima banyak sangat permohonan menjadi ahli Umno khususnya pemuda.

"Saya rasa ini juga kerana faktor orang marah sangat kepada PH (kerana)  'kencing' kuat sangat kot.

Jadi orang ramai masuk ahli Pemuda Umno," kata Asyraf kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Pemuda Umno di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, pergerakan Pemuda Umno melancarkan kempen secara besar-besaran untuk mendaftar anak-anak muda menyertai Umno dan seterusnya didaftar sebagai pengundi selepas cukup syarat.

"Dua kempen ini kami gerakan ke seluruh Malaysia dan juga setiap program pemuda pada skala yang besar supaya kita nak pastikan warga Malaysia yang mencukupi syaratnya menjadi pengundi," katanya.

Tambahnya, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan juga bakal melancarkan pendaftaran secara dalam talian untuk memudahkan golongan muda menyertai Umno.

Asyraf memaklumkan bahawa Pemuda Umno kini mempunyai 498,391 ahli seluruh negara.
"Kita tak ada angka yang tepat. Tapi, statistik terbaru selepas proses pemulihan Umno sudah mencecah 498,391 ahli. Penambahan sangat ketara," ujarnya.

Sementara itu, Asyraf juga mengesahka bahawa Pemuda Umno akan berkampung di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau selama 14 hari.

"Kita akan berkampung selama 14 hari di PRK Rantau seperti Cameron Highlands dan Semenyih.

Kita akan sasarkan man to man marking bermakna kita akan pergi kepada setiap orang dan rumah ke rumah dan juga setiap anak-anak muda yang ada di sana.

"Kita juga akan bekerjasama penuh dengan parti-parti komponen kita MIC dan MCA untuk mengadakan program bersama. Kita nak mempromosikan jasa dan sumbangan bakti Tok Mat kepada masyarakat Rantau.

"Kita telah sepakat tidak akan bertindak balas terhadap sebarang provokasi yang kita jangkakan seperti mana timbul di PRK Semenyih," tambahnya lagi.


Tiada ulasan: