HALAMAN SANTAI

Ahad, 31 Mac 2019

Polis marin gagalkan cubaan seludup keluar petrol

MalaysiaGazette
xMarin
Pasukan Polis Marin

KUALA LUMPUR – Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 600 liter petrol bernilai RM1,320 dalam operasi bersepadu di Pulau Kalapuan di Semporna, semalam.

Dalam satu kenyataan, Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata,
berdasarkan maklumat Unit Risikan Marin (URM), pihaknya membuat pemeriksaan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di pulau berkenaan dalam operasi yang turut disertai pegawai daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 20 tong masing-masing mengandungi 30 liter petrol yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran.

“Seorang lelaki tempatan berusia 16 tahun yang mendiami rumah berkenaan turut ditahan kerana gagal menunjukkan sebarang lesen pemilikan atau menjual barang kawalan berkenaan,” katanya dalam kenyataan itu.

Beliau berkata, remaja terbabit dan barangan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sementara itu, Mohamad Pajeri berkata, operasi yang bermula 8 pagi hingga pukul 4 petang itu turut disertai pegawai imigresen dan 184 orang diperiksa, namun kesemuanya memiliki dokumen pengenalan diri sah. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: