HALAMAN SANTAI

Ahad, 31 Mac 2019

BUKTI DAKWAAN ATAU MOHON MAAF – MIC


Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr. S. Streram didesak membuktikan dakwaan anggota MIC telah menyerang seorang ketua ranting PKR semalam.

Timbalan Presiden MIC, M. Saravanan berkata Streram perlu membuktikan tuduhan serius tersebut.
Beliau turut berkata MIC akan bertindak mengeluarkan surat saman kepada Streram sekiranya gagal membuktikan tuduhan tersebut dalam tempoh 24 jam.

“Kementerian Dalam Negeri berada di bawah Pakatan Harapan. Jika ahli MIC melakukan serangan itu (terhadap ketua ranting PKR), tangkap dia dan umumkan dia ialah ahli MIC.

“Dalam masa 24 jam Streram perlu membuktikan dakwaannya atau memohon maaf,” kata Saravanan seperti lapor media di Rantau pada Sabtu.

Terdahulu, ketua ranting PKR Taman Cempaka, K. Suresh dilaporkan diserang seorang lelaki ketika membersihkan sebuah kawasan belukar. Beliau berjaya melepaskan diri dan mengalami kecederaan di lengan kirinya.

Dalam satu ceramah, Streram dilaporkan mendakwa penyerang tersebut adalah dari kalangan anggota MIC.


Tiada ulasan: