Demikian reaksi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila meminta pandangan mengenai teguran Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Yang Adil dan Bersih (Bersih) yang menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Miri, Dr. Michael Teo Yu Keng yang memberikan kupon makanan percuma bernilai RM75,000 kepada pelajar miskin di kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau sebagai satu kesalahan.
Malah tindakan itu didakwa dilakukan Yu Keng atas kehendak calon PRK DUN Rantau, Dr. S. Streram.
Anwar bagaimanapun berkata dakwaan itu akan disiasat.
“Itu pandangan Bersih dan kita ambil kira dakwaan itu.. saya beritahu supaya jangan ada apa apa keterlanjuran dan ia diserahkan kepada SPR.
“Beberapa langkah diambil UMNO dari rumah ke rumah bayar wang itu tak diangkat sebagai masalah,” katanya lagi dalam sidang media selepas Proses Penamaan Calon PRK DUN Rantau dekat Seremban hari ini.
PRK DUN Rantau kali ini menyaksikan lawan empat penjuru iatu Streram akan menentang Datuk Mohamad Hasan dari BN, R. Malar (calon bebas) dan Mohd Nor Ariffin (bebas).
Dalam pada itu, Anwar juga mengulangi pendirian yang PH tidak akan sesekali mengunakan jentera kerajaan untuk mendekati pengundi DUN Rantau pada kempen hari mengundi 13 April ini.
Katanya, itu prinsip yang didukung setiap pemimpin PH yang juga diguna pakai untuk PRK kali ini.
“Prinsip kami bahawa kami tidak akan gunakan jentera kerajaan untuk meraih undi dari masyarakat (Rantau),” tegasnya.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan