Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, sekiranya Mohamad kalah di Rantau, ia menandakan BN akan kehilangan tampuk kepimpinan yang akan mengemudi parti itu kelak.
“Pemimpin PH yang datang ketika penamaan calon bukan calang-calang, ada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mereka tahu yang lawan ini ‘taiko’ daripada UMNO.
“Bagi mereka kalau boleh kalahkan Tok Mad, ‘kepala’ sudah dipotong. Sebab itu kita kena pastikan ‘kepala’ kita jangan dipotong,” katanya dalam ceramah di Pusat Daerah Mengundi Pekan Sagga, semalam.
Tambah bekas Menteri Belia dan Sukan itu, kerusi DUN Rantau penting untuk dipertahankan kerana ia melibatkan maruah Mohamad sebagai Timbalan Presiden UMNO yang kini menjalankan tugas Presiden UMNO.
“Ini peperangan maruah di mana calon yang kita letak ini lambang kepimpinan parti kita. Kebetulan kerusi ini ditandingi oleh Tok Mad yang menjalankan tugas Presiden UMNO,” katanya lagi.
PRK Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Mohamad dengan 3 calon lain, iaitu Dr. S. Streram yang mewakili PH dan 2 calon Bebas, Malar Rajaram dan Mohamad Nor Yassin. -MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan