HALAMAN SANTAI

Ahad, 31 Mac 2019

Saya sudah bantu kerajaan dalam rundingan dua hala sejak 80-an

Wartawan MalaysiaGazette
Kertas cadangan mengenai kaedah pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dikemukakan kepada kerajaan dalam tempoh dua minggu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin.
Tun Daim Zainuddin
KUALA LUMPUR- Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin tidak kisah untuk menyerahkan tanggung jawab mengepalai rundingan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan China kepada pihak lain yang berminat.

“Saya telah membantu kerajaan dalam mengendalikan rundingan dua hala sejak 80-an. Saya sangat gembira untuk menyerahkan rundingan ini kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mengambilalih.

“Saya tahu, Tan Sri Rafidah Aziz antara orang yang mempunyai pengalaman di dalam bidang ini,” katanya dalam satu temubual eksklusif bersama The Star yang disiarkan hari ini.

Menurut Daim, rundingan dua hala adalah sesuatu yang sangat sensitif dan rumit.

Jelasnya, rundingan sedemikian selalunya memerlukan pihak yang terlibat untuk sangat berhati-hati dan berdiplomasi kerana rundingan-rundingan tersebut perlu dijauhkan daripada pandangan umum.

“Menteri Kewangan, Lim Guan Eng betul apabila beliau mengatakan rundingan tersebut adalah memakan masa dan panjang yang akan menganggu jadualnya.

“Beliau mempunyai banyak perkara yang hendak diuruskan dan mengendalikan rundingan dua hala memerlukan beliau menghabiskan masa yang panjang untuk satu perkara sahaja sedangkan sebagai Menteri Kewangan beliau banyak kerja untuk membersihkan masalah yang ditinggalkan oleh pentadbiran terdahulu,” katanya lagi.

Menurut bekas Menteri Kewangan itu, beliau tidak pernah mendengar sebarang rungutan terhadap tanggung jawab yang telah diamanahkan kepada beliau itu.

“Ada seorang dua blogger yang mengatakan saya tidak patut mengendalikan rundingan tersebut.

“Hakikatnya, hanya ada beberapa menteri sahaja di dalam Pakatan Harapan yang mempunyai pengalaman sebenar berurusan dengan China,” jelasnya.

Kata Daim, mempunyai kelebihan mengenali dan berpengalaman berurusan dengan kerajaan China sejak sekian lama membolehkan beliau membina satu hubungan dua hala yang berguna saat ini.

Tambahnya, ‘mulut-mulut bising’ yang tidak gembira dengan amanah yang diberikan kepada beliau pasti akan diam apabila melihat Malaysia mendapat manfaat hasil daripada rundingan tersebut.-


ARTIKEL BERKAITAN
Tun Daim memang layak ketuai rundingan ECRL ke Beijing – Guan Eng
Rundingan ECRL | Tun Daim Lebih Layak Bukan Lim Guan Eng | EDISI MG 20 MAC 2019

Tiada ulasan: