Hanya anak tempatan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang mengetahui dengan mendalam mengenai isu yang berlaku di kawasan kelahiran beliau, ujar Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Justeru itu beliau berkata calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan yang merupakan anak jati Rantau merupakan pilihan terbaik buat pengundi kawasan tersebut.
Katanya personaliti Mohamad Hasan yang disenangi dan berwibawa ditambah dengan rekod cemerlang beliau sepanjang menjadi menteri besar Negeri Sembilan turut merupakan nilai tambah yang perlu diperhatikan oleh pengundi.
“Atas dasar jasa dan banyak yang telah dibuatnya, kita kena ingat. Kita nak tanamkan bahawa kita kena beri kemenangan kepada orang yang tahu denyut nadi dan perit maung rakyat.
Mohamad Hasan yang dilahir dan dibesarkan di Rantau, Negeri Sembilan bakal bertanding dalam PRK DUN Rantau menentang calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S Streram pada 13 April ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan