PARLIMEN l Ahli Parlimen
Beluran, Ronald Kiandee berkata beliau akur sekiranya digantikan
daripada menjadi pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
(PAC) apabila calon baru dikenalpasti dan dilantik.
Kiandee berkata tidak timbul isu beliau meletak jawatan kerana beliau hanya menuruti arahan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Kiandee berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan pendengaran PAC hari ini.
Dr
Mahathir yang juga pengerusi Bersatu sebelum ini meminta Kiandee kekal
menjadi pengerusi PAC tetapi kemudian menukar fikirannya selepas
mendapat bantahan daripada wakil rakyat PH.
Hari ini,
semua ahli parlimen pembangkang tidak hadir pendengaran PAC selepas
wakil BN dan PAS meletak jawatan mereka pada Isnin lalu.
BN, PAS janji tak sertai PAC
Mereka berjanji tidak akan menyertai PAC sehinggalah pengerusi PAC dilantik daripada kalangan MP pembangkang.
Sementara itu, MP pembangkang dari Gabungan Parti Sarawak, Lawson Chaut masih lagi kekal di dalam PAC, namun anggota parlimen Betong itu tidak hadir sesi hari ini kerana berada di luar negara.
Kiandee pada Ogos tahun lalu dilantik sebagai wakil pembangkang untuk menjadi pengerusi PAC.
Bagaimanapun, pada Mac tahun ini Kiandee keluar Umno untuk menyertai Bersatu yang menjadi sebahagian daripada gabungan parti pemerintah.
PH dalam manifestonya berjanji pengerusi PAC akan diperuntukkan kepada MP pembangkang demi kepentingan semak dan imbang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan