HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Mac 2019

Kalau Najib cuba jual aset negara. yang engkau Lim Guan Eng bodoh ikut sekali apa pasal?



Bekas perdana menteri Najib Razak adalah orang yang bertanggungjawap meluluskan penjualan Bangunan Malaysia di Hong Kong ketika beliau masih berkuasa, dakwa Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

"Saya ingin memaklumkan kepada Najib (BN-Pekan) bahawa keputusan untuk menjual bangunan konsulat di Hong Kong dilakukannya sendiri semasa pentadbiran BN. Surat tawaran itu dikeluarkan olehnya.

"Keputusan itu dibuatnya sebelum 9 Mei (2018)... tetapi keputusan dibuat secara rundingan terus pada harga RM1.1 bilion," kata Lim semasa ucapan penggulungannya titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Ok, katalah Najib memang nak jual bangunan 28 tingkat di Hong Kong. Najib tak pandai tadbir negara. Yang engkau mengaku bijak pandai yang ikut Najib nak jual juga tu apa pasal?

Tak boleh batal ke?

Takkan Lim Guan Eng dan PH nak jadi Pak Pandir bila anak dia mati, dia cakap anak orang lain mati juga.

Apa yang Lim Guan Eng pandai buat ialah menanbah jumlah hutang kerajaan daripada RM87.1 bilion kepada RM773.1 bilion pada hari ini berbanding RM686 bilion pada akhir tahun 2017. Belum lagi kira RM82 bilion dijarah dari Petronas.

Apa yang hebat dengan Lim Eng Eng yang ramai tak tahu ialah berkenaan projek RM6.3 bilion dianugerahkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Guan Eng pada tahun 2013 tetapi pembinaan terowong dibenarkan untuk bermula hanya pada tahun 2030 iaitu 17 tahun kemudian.

Pertama kali dalam sejarah Malaysia (mungkin sejarah dunia juga) sebuah projek mega kerajaan bernilai berbilion-bilion dianugerahkan kepada syarikat swasta untuk dibina 17 tahun kemudian.

 Aku masih pelik kenapa penyokong PH tak boleh berfikir rasional dalam memhami isu negara.


Nasir Ramlee
nasirramlee@gmail.com
https://www.facebook.com/nasirramlee89




Tiada ulasan: