HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Mac 2019

Salahuddin soal Hadi: Siapa pemimpin PH itu?


   
PARLIMEN | Presiden PAS Abdul Hadi Awang perlu mengumumkan nama "pemimpin dalam PH" yang berkata Amanah alat kepada DAP, gesa Salahuddin Ayub.

"Saya ambil tanggungjawab terhadap isu ini dan tidak mahu ia berterusan PAS berbohong kepada rakyat.

"Haji Hadi siapakah pemimpin Amanah itu?

"Saya harap dapat dilakukan segera untuk elak fitnah dan nama tidak baik kepada PAS," kata Salahuddin yang juga timbalan presiden Amanah kepada pemberita di luar Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata MP Marang perlu bersedia untuk membuktikan dakwaannya apatah lagi Hadi cukup berani membuat kenyataan itu.

Sekiranya Hadi dapat membuktikan tuduhannya, maka kata Salahuddin, beliau dan partinya akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengesahkan kebenaran hal itu.

"Kalau betul? Saya mahu ia dibuktikan terlebih dahulu, siapa nama pemimpin itu? Saya dan parti akan ambil langkah-langkah tertentu termasuk kaji atau lihat kebenaran kesahihah berita itu," katanya lagi.

Presiden PAS berkata semalam bahawa DAP tidak pernah berhenti berusaha mencari jalan mengekang pengaruh PAS kerana agenda parti itu adalah untuk menyekat kemaraan Islam di negara ini.

Kata Hadi lagi, Amanah sebenarnya diwujudkan semata-mata untuk menjadi alat kepada strategi DAP yang mahu menyekat pengaruh dan peluang PAS pada PRU-14.

"(Memandangkan) PKR bukan parti Islam, lalu mereka berusaha menubuhkan Amanah. Bukan untuk mempertahankan atau memperjuangkan Islam tetapi alat DAP untuk hadang pengaruh PAS.

"Ini bukan saya kata. Pemimpin dalam PH sendiri kata tapi saya tak nak sebut siapa nama dia.

"Pemimpin ini akui sendiri bahawa Amanah ini parti alat semata-mata," katanya dilaporkan ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Ketereh di Kelantan malam tadi.

Tiada ulasan: